1. Hadis Mutawatir
Mutawatir
(b. Arab: متواتر, mutawātir) ialah kata serapan bahasa Arab yang
bermaksud "diturunkan daripada seorang ke seorang"[1]. Istilah ini
digunakan dalam pengajian Ulum al-Quran dan Mustalah Hadith. Hadis
Mutawatir ialah nas hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa
bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan
telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak
bermuafakat berdusta tentangnya. Ini kerana mustahil terdapat
sekumpulan periwayat dengan jumlah yang besar melakukan dusta.
Hadis
Mutawatir, iaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil
perawinya berdusta atas Nabi Muhammad saw, sebab hadis itu diriwayatkan
oleh banyak orang dan disampaikan kepada banyak orang. Contohnya,
"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam
neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah,
Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).
Menurut para
ulama hadis, hadis tersebut di atas diriwayatkan oleh lebih dari seratus
orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang berlainan. Oleh sebab itu
jumlah hadis Mutawatir tidak banyak. Keseluruhan daripada ayat-ayat
al-Quran adalah mutawatir, manakala terdapat sebahagian hadis sahaja
yang mutawatir. Hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat mutawatir
dikenali sebagai Hadis Ahad.
Hadis Mutawatir terbagi dua:
1. Mutawatir Lafzi, yakni perkataan Nabi,
2. Mutawatir Amali, yakni perbuatan Nabi.
2. Hadis Sahih
Hadis
Sahih ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan
hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:
1. Adil
2. Kuat Ingatannya
3. Sejahtera dari keganjilan
4. Sejahtera dari kecederaan yang memburukkan
Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya.
Syarat hadis sahih, iaitu:1. Sanadnya bersambung
2. Perawinya sudah baligh
3. Berakal
4. Tidak mengerjakan dosa
5. Sempurna hafalannya
6.
Perawi yang ada dalam sanad itu hams adil dan hadis yang
diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan
ayat al-Quran.
Hadis Sahih terbagi menjadi dua:
1. Sahih Lizatihi,
yakni hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan
keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas {memberi} lebih baik dari
tangan di bawah {menerima}." (H.R Bukhari dan Muslim).
2. Sahih Lighairihi,
yakni hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain.
Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk
mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan
solat. " (H.R Hasan).
Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan
Lizatihi, namun kerana dikuatkan oleh riwayat Bukhari, maka jadilah ia
sahih Lighairihi.
3. Hadis Hasan
Hadis
Hasan ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan
hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Hadis
Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi hafalannya kurang dari hadis sahih. Hadis Hasan dibahagi dua:
1. Hasan Lizatihi, yakni hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat sahih lighairihi.
2. Hasan Lighairihi,
yakni hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain. Contohnya,
"Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin}
cukuplah dengan sembelihan ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain
Tirmizi, Hakim dan Darimi).
Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerima
dari
1. Ishak bin Ibrahim,
dari
2. Itab bin Basir,
dari
3. Ubaidillah bin Abu Ziyad,dari
4. Abu Zubair,
dari
5. Jabir,
dari Nabi Muhammad s.a.w.
Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nombor 3 (Ubaidillah bin Abu Ziyad) sebab ia bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.
4. Hadis Dha'if
Hadis
Dha'if ialah hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya
tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan. Hadis Dha'if
adalah hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada
orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau
belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan
suka berbuat dosa.
Contohnya, "Barangsiapa yang berkata
kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya surga." (H.R.
Ibnu 'Adi). Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun.
Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengatakannya
sebagai pemalsu hadis.
5. Hadis Maudhuk
Hadis
Maudhuk ialah hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya
dari Nabi Muhammad s.a.w. pada halnya nyata tidak. Juga dikenali
sebagai Hadis Palsu (diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).
6. Hadis AhadHadis
Ahad ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua orang
perawi sahaja, khasnya di tingkatan pertama, yakni tingkatan para
sahabat.
Ini berbeza dengan Hadis Mutawatir di mana ia adalah sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi (melebihi 4) sehingga tidak
mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkannya. jenis hadis
Tidak ada komentar:
Posting Komentar